Pengguna Kodi didapati secara tidak langsung telah terpasang perisian pengawasan cetak rompak di kodi dengan melalui addon atau repo yang tersedia.
Pencipta addon Kodi pihak ketiga telah membuat pilihan untuk bekerjasama dengan pihak perisian pemantauan untuk memeriksa sama ada pengguna itu menggunakan addon jenis apa dan secara efektif menjadikan ia bentuk spyware.
Pemantauan boleh didapati dengan menggunakan KN Addon Caretaker yang bekerja untuk memeriksa setiap add-ons yang dipasang pada kodi untuk memastikan addon yang dipasang adalah sah.
Baru-baru ini, perisian ini telah digabungkan dengan Estuary MOD V2 dan Embuary, yang bermaksud pengguna perlu memasang perisian pemantauan ini jika mereka mahu menggunakan versi tersebut.
Kodi sendiri tidak membenarkan untuk cetak rompak, tetapi melalui penggunaan add-on pihak ketiga itu, pengguna boleh mendapat akses untuk menonton siaran TV premium tanpa memerlukan langganan.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

Catat Ulasan