Setelah sekian lama menggunakan perkhidmatan storan awan dari jenama terkemuka seperti Google Drive, Dropbox kini hadirnya jenama baru dinamakan Deego.
Ciri-ciri apa yang telah memukau kami untuk menguji cuba perkhidmatan storan dari Deego, salah satu sebabnya ia menawarkan ruang penyimpanan sebanyak 100GB secara percuma.
Memang pantang kalau nampak barang percuma ini, lagi pula jenis penyimpanan data secara atas talian sudah tentu ia sangat menarik bukan? Kerana dengan adanya perkhidmatan dan ruang yang begitu banyak ini.
Kita tidak perlu untuk memikirkan ruang penyimpanan kad memori di telefon kerana data yang berada di ruang telefon sudah pun terus di hantar ke ruang storan awan Deego.
Dengan tawaran ruang percuma dari Deego sebanyak 100GB pada kami ia boleh dikatakan sudah mencukupi tetapi bagaimana pula pakej premium dia?
Pakej premium Deego menawarkan ruang storan sebesar 2TB(2000-GB) dengan harga $9.99/sebulan (RM42.37),
manakala bagi harga tahunan pula adalah $95.88 ($7.99/month) - (RM406.68).
Tahap sekuriti yang diguna pakai adalah (Ultra secure 256 128-bit AES encryption) serta projek ini salah satu dari inovasi Swedish.
Jangan melengah lagi, dapatkan 100 GB penyimpanan awan selamat percuma dan jangan sekali-kali kehilangan fail lagi. Deego juga mengatakan mereka menyulitkan semua fail anda menggunakan penyulitan gred tentera dan menyimpan beberapa salinan setiap fail.
Bukan itu sahaja malah fail-fail anda sentiasa bersedia untuk dipulihkan pada bila-bila masa dan dari mana sahaja.
Daftar Deego

