Dunia

Tips Menghafal Al-Quran [Bahagian.1]

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

kami ingin kongsikan beberapa tips dalam artikel ini untuk nasihat pada para pembaca diluar sana tentang cara-cara menghafal al-Qur'an. Pernahkah terdetik di hati  bahawa suatu hari nanti teringin menjadi seorang hafiz al-Qur'an?

Bagi pelajar agama, seharusnya menguasai sedikit sebanyak(banyak lebih afdhal) selok-belok al-quran kerana mereka akan menjadi tempat rujukan masyarakat. Tetapi tidak bermakna al-Qur'an tidak penting bagi orang awam.

Melihat cabaran yang ada pada zaman ini maka tidak diragui lagi akan perlunya masyarakat mengambil langkah mempelajari kitab suci ini.

Sebelum memulakan langkah untuk menghafal, kami akan menceritakan sedikit fadhilat(kelebihan) buat mereka yang berminat menghafal al-qur'an mudah-mudahan pembaca bertambah semangat.

 Keutamaan menghafal Qur'an atau mempelajarinya:

1- Penghafal Qur'an termasuk orang dimuliakan Allah.
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai kerabat-kerabatnya dikalangan manusia".Lalu sahabat bertanya:"siapakah mereka ya Rasulullah? Jawab Nabi:"mereka adalah ahli Qur'an..." H.R Ibnu Majah.


2- Termasuk orang yang layak memimpin.Mafhum hadis
Nabi bersabda:"yang menjadi imam bagi sesuatu kaum adalah orang paling banyak hafalannya."H.R Muslim.


3- Dijamin oleh nabi tidak akan sesat buat mereka yang berpegang teguh dengan Qur'an dan sunnah.
Rasulullah bersabda:"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang kamu berpegang padanya tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah dan sunnah nabinya."


4- Allah meraikan mereka yang susah membaca Qur'an.Mahum hadis
Nabi bersabda:"Orang yang membaca Qur'an dengan mahir bersama para malaikat sedangkan mereka yang membaca Qur'an secara tergagap dan susah payah baginya dua pahala." Muttafaq alaih.


Tahulah kita bahawa Allah dan Rasul-Nya sangat memuliakan orang yang menghafal dan mempelajari Qur'an. Sungguh pun kami tidak mampu senaraikan semua kelebihan untuk golongan ini cukuplah sekadar empat point diatas menunjukkan kemuliaan mereka disisi Allah dan Rasul.

In sha Allah pada tulisan akan datang akan penulis teruskan dengan tips menghafal yang penulis amalkan.

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)