Dunia

Astro Buka Saluran Premium Sempena Anugerah Putra Brand 2017

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) akan memberikan semua saluran percuma, selain saluran sukan premium dan Pay per View di Astro dan Astro Go, kepada pelanggannya bermula 3-19 November ini.

Ini adalah kali ke lapan Astro memenangi anugerah jenama terbaik untuk kategori yang sama dan menurut Ketua Pegawai Digital dan Pemasaran Astro, Ridhuan Sidek anugerah itu akan meningkatkan lagi komitmen Astro untuk memberikan kandungan terbaik kepada pelanggannya.

Anugerah Putra Brand 2017 merupakan anugerah yang mengiktiraf jenama terkemuka di Malaysia dan dianjurkan oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As).

Ia mengukur jenama menerusi faktor termasuk keinginan pengguna untuk membeli produk dan perkhidmatan serta rekomendasi kepada rakan dan keluarga.

Pemenang dipilih berdasarkan tinjauan yang dilakukan ke atas 6,000 pengguna di Malaysia, manakala saluran premium percuma hanya untuk pelangan Astro sahaja bukan Njoi.

Dimana pelangan Njoi turut tidak berpuas hati kerana mereka turut membayar kos pemasangan dan ada diantara mereka turut menyewa saluran premium seperti RIA dan lain-lain.

Netizen juga berkata pelangan Njoi telah di anak tirikan walaupun kebanyakan juga pernah membeli saluran premium untuk tontonan seisi keluarga.

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)