Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, akta sedia ada sudah tidak sesuai digunakan lagi kerana digubal pada 1953 yang mana elemen perjudian siber ketika itu tidak wujud bagi dimasukkan ke dalam akta baharu untuk menangani gejala tidak bermoral itu.
Ketua polis daerah di ibu kota telah diberikan mandat untuk membasmi sarang perjudian haram yang berada di bawah bidang kuasa mereka pada bulan November ini untuk membuktikan kepada rakyat.
Perintah untuk menghapuskan semua bentuk itu telah diserahkan kepada ketua-ketua daerah Wangsa Maju, Dang Wangi, Sentul, Brickfields dan Cheras hari ini. Ketua Polis Kota, Datuk Mazlan Lazim berkata penilaian terhadap kemajuan mereka akan dibuat selepas tempoh sebulan.
Mazlan mengakui sasarannya akan menjadi tugas berat, tetapi berkata usaha harus dibuat dari semua jabatan pasukan untuk mencapai tujuan mereka.
"Kami mahu menghapuskannya dan bertujuan mencapai sasaran kami, oleh itu kami memerlukan kerjasama semua orang, jabatan yang berbeza di dalam polis dan orang awam, untuk memberikan maklumat kepada kami," katanya.
Beliau memberi amaran jika mana-mana pegawai ditangkap menyembunyikan maklumat mengenai sarang ini, tindakan akan diambil terhadap mereka yang cuba bersubahat.
Mazlan berkata polis di bandar itu telah menubuhkan sebuah pasukan khas yang bertujuan menumpaskan sarang perjudian haram ini serta akan beroperasi sebagai unit penyamar, yang bekerja secara underground.
Seterusnya permainan perjudian pada zaman kini sudah semakin canggih kerana tidak perlu hadir ke lokasi lagi malah boleh dimainkan dari rumah menggunakan telefon pintar.
Berbekalkan kecerdasan dan peralatan teknologi yang ada, pasukan khas ditubuhkan bertujuan untuk mengenal pasti lokasi server permainan tersebut melalui atas talian dan cara lain adalah akan mengesan alat elektronik pemain.
"Pada masa ini saya tidak dapat mengulas tentang peralatan atau tenaga kerja yang terlibat dalam pasukan khas tetapi saya dapat memastikan ia mencukupi untuk menjalankan tugas mereka," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)

Catat Ulasan