Dunia

Singapura Bangun Ekosistem Robotik Serantau Bersama

Singapura dikatakan sedang giat membangunkan satu ekosistem robotik dengan Malaysia, Thailand dan Vietnam dalam usaha menjadi pemimpin di rantau ini dalam masa sama perniagaan di seluruh dunia semakin giat menggunakan teknologi untuk mengubah operasi mereka.

Ini diumumkan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura iaitu Dr Koh Poh Koon dalam pelancaran Ekspo Robo Antarabangsa Singapura.

Beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) dijangka ditandatangani oleh Pertubuhan Automasi Perusahaan Singapura dan pertubuhan-pertubuhan lain seperti Malaysia, Vietnam dan Thailand.

Menurut Dr Koh, MOU-MOU yang dimeterai akan membolehkan keempat-empat negara untuk meneroka peluang kerjasama serta manfaatkan rangkaian dan kemahiran.

Satu MOU turut ditandatangani oleh ST Engineering dan Starhub untuk bekerjasama bagi mencari solusi robotik dalam sektor pelayanan untuk memperbaiki daya penghasilan operasi dan mengurangkan penggunaan tenaga manusia.

Jadi jika ada diantara anda pernah nonton filem barat yang menggunakan tenaga robotik sepenuhnya, maka itulah yang bakal terjadi tidak lama lagi cuma sempat atau tidak sahaja untuk melihat teknologi sedemikian.

Kepada pereka robotik di singapura anda boleh lihat peralatan disini www.sgbotic.com.

Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)