Kedai runcit atas talian terkenal di Amerika Syarikat iaitu 'Amazon' bakal memperluaskan lagi perniagaan di pasaran Eropah selepas menyelesaikan isu cukai jangka masa panjang.
Peningkatan ini akan menaikkan jumlah kakitangan di Amazon di Perancis tetap 7500 pada 2018 dan menaikkan keyakinan terhadap ekonomi sesebuah negara setelah pelaburan sebanyak €2 billion sejak 2010.

Tidak lama Amazon telah menyelesaikan isu cukai jangka panjang dengan pihak berkuasa perancis dikatakan hampir €200 juta.
Amazon juga telah berkembang pesat di Perancis di mana ia telah menjalankan perkhidmatan penghantaran ekspres 'Amazon Prime Now' di Paris sejak 2016 dan ia sudah mempunyai lima pusat logistik di seluruh negara dan merancang untuk membuka gudang penghantaran sebesar 142,000 kaki persegi pada tahun 2018.
Frederic Duval, pengurus besar Amazon Perancis memberitahu wartawan dia akan "suka" jika Amazon memperluaskan 'Prime Now' ke bandar-bandar Perancis lain walaupun dia tidak mengatakan jika ada rancangan untuk berbuat demikian.
