KFC (UK) terpaksa menutup hampir keseluruhan restorannya di UK selepas ia kehabisan ayam. Cawangan-cawangan di Bristol, Berkshire, Cheshire, Devon, Newcastle, Suffolk dan Surrey semuanya terjejas oleh kerana masalah pembekal.

Tanda-tanda telah diletakkan di pintu-pintu restoran KFC di seluruh negara mengatakan restoran ditutup kerana "mempunyai masalah dengan pembekal".
Netizen UK juga tidak henti menghantar mesej kemarahan di, setelah mendapati bahawa Kentucky Fried Chicken telah kehabisan ayam.
Sebahagian daripada mereka juga telah datang ke cawangan KFC yang terjejas untuk memastikan adakah benar masalah pembekal atau mempunyai masalah lain.
Ada juga netizen (UK) bergurau dengan mengatakan di mesej twitter KFC "adakah ini petanda dunia bakal akhir(kiamat)*. Sehingga menyebabkan restoran kentucky fried chicken (KFC) yang begitu terkenal dengan ayam gorengnya tiba-tiba hari ini ia ditutup kerana pembekal kehabisan ayam.
Tidak lama begitu pihak pengurusan KFC (UK) membuat pengumuman dimana mereka sedang berusah mendapatkan pembekal ayam yang lain cuma pembekal-pembekal yang terpilih sukar untuk memenuhi permintaan kerana KFC (UK) mempunyai jumlah restoran sekitar 900 seluruh negara.
Apakah masalah ini akan berlaku di negara-negara lain atau tidak sama-sama kita nantikan.
