Syarikat gergasi teknologi china yang dipanggil Tencent akan bersaing dengan Alibaba untuk pertumbuhan teknologi E-pembayaran baru di luar china.
Tencent dikatakan mempunyai rangkaian sosial dan permainan video terbesar di China buat masa kini, minggu lepas melaporkan keputusan suku tahunan yang memaparkan perancangan dimana ia hampir menjadikan Malaysia sebagai negara asing pertama yang melancarkan ekosistem WeChat.

Admin juga sudah melakukan penyelidikan terhadap penggunaan wechat pada masa kini, ketika mencari barangan china melalui web Alibaba peniaga online itu akan meminta pelangan mencari mereka di ruangan Wechat kerana Alibaba telah meletakkan syarat tidak boleh menjual barangan tiruan atau tidak kualiti untuk pasaran luar.
Jadi masalahnya disini pelangan asing yang hadir ke web alibaba sering meminta tawaran harga sehingga menyebabkan peniaga membuat keputusan untuk berdagang barangan tiruan atau berkualiti rendah melalui wechat.
Tencent juga telah membuat satu "kejayaan" dalam mendapatkan lesen e-pembayaran di Malaysia untuk urus niaga tempatan dan merancang pelancaran awal tahun depan, kata Naib Presiden Kanan, Seng Yee Lau.
Tencent yang berpangkalan di Shenzhen bersaing dengan Alibaba untuk mengejar peluang pertumbuhan teknologi baru di luar China selain dari Facebook.
"Malaysia juga melakukan pemantauan dimana pengguna wechat telah mempunyai sekitar 20 juta pengguna dan sekaligus itu juga salah satu potensi besar dalam pasaran teknologi pada masa kini.
Di china sudah mempunyai WeChat Pay dan Alibaba's Alipay yang menguasai pasaran pembayaran digital China, dan sedang berusaha untuk memperluaskan teknologi mereka ke tahap global.
Alibaba juga sedang berusaha untuk membina sistem pembayaran global seperti paypal dan alertpay, sementara itu Tencent pula lebih berminat untuk menjana trafik kepada WeChat. Diatas adalah dua strategi yang berbeza dari 2 buah syarikat gergasi di china beberapa pelabur mengatakan.
WeChat mempunyai ramai pengguna tetapi jumlah urus niaga tidak sehebat Alipay, walaupun pelabur lain mencatatkan bahawa WeChat Pay juga boleh memproses transaksi besar jika digunakan pada platform e-dagang.
Selain permainan video dan media sosial, kebanyakan perniagaan Tencent berada dalam kandungan digital, termasuk Tencent Music dan Tencent Video seperti YouTube yang mampu menarik lebih ramai pengguna.
Pakar-pakar di Malaysia pula sedang buat apa? adakah masih tidur dengan kemasukkan teknologi dari luar dan masih bergantung harap pada teknologi luar sehingga tidak mampu menghasilkan teknologi sendiri ia sudah pasti amat merugikan.
