Berita baik untuk peminat ayam panggang dari kenny rogers(KRR), kini mereka telah menaik taraf cara perniagaan kepada yang lebih trending iaitu menyediakan penghantaran terus ke lokasi pelangan.
Buat masa ini penghantaran juga hanya dibuat lingkungan jarak lokasi dari restoran KKR sejauh 5km.

Manakala laman web KKR juga belum ada sistem pembayaran atas talian seperti yang lain.
Terma & Syarat:
- Tempahan minimum RM25 (sebelum cukai & caj penghantaran). RM5 akan dikenakan untuk setiap penghantaran.
- Tempahan di atas RM150 perlu dibuat 2 jam lebih awal.
- Pembayaran dibuat secara tunai sahaja. Tidak sah dengan tawaran / promosi / diskaun lain.
- Semua harga pada menu adalah tertakluk kepada cukai Kerajaan semasa jika berkenaan.
- Menu dan harga boleh berubah tanpa notis.
- Tertakluk kepada keadaan cuaca.
- Waktu penghantaran bermula 11.00 pagi - 10.00 malam, Tempahan terakhir 9.00 malam.
- Produk yang ditunjukkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.
- Panggilan TM (Telekom Malaysia) berdasarkan caj tempatan.
- Panggilan telefon mudah alih dikenakan berdasarkan kadar pembekal khidmat.
- Semua harga pada menu adalah tertakluk pada cukai kerajaan semasa.
- Kawasan penghantaran terhad.
Buat ketika ini mungkin KKR masih dalam keadaan permulaan dan oleh kerana itu ia belum lagi kearah pembayaran atas talian.
Hidangan pula hanyalah terpilih sahaja buat masa ini dan mungkin pada masa akan datang ia akan hadir dengan pelbagai kemudahan dan hidangan untuk pelangan.
Pelangan boleh malakukan pesanan melalui talian 1-300-888-878 sambil merujuk hidangan menu http://www.krr.com.my/ .
