Sebelum berbelanja pernah ke kita terfikir asal usul pemilik perniagaan tersebut melainkan melakukan pemasaran yang bagus dari segi penawaran harga murah kepada pelangan yang hadir.
Di malaysia dari bermula pasar borong beralih ke pasar pagi sehingga kepada kedai runcit dan kini sudah mempunyai pasaraya antarabangsa yang serba lengkap dan kebersihan lantai juga dijaga.
Seperti yang rakyat Malaysia ketahui pasaraya yang sedia kala, tapi pada kali ini dtbn akan menghuraikan sedikit sebanyak lokasi membeli barangan harian yang dinamakan Lulu Hypermarket.
Lulu Hypermarket telah dibina di Malaysia iaitu lokasi betul-betul di tengah pusat bandar kuala lumpur juga bersebelahan dengan gudang Jakel yang terkenal di seluruh negara.
Pasaraya ini juga dikatakan baru membuka pasaraya yang pertama di Malaysia dan berpontensi akan meluaskan lagi cawangan ke seluruh negara pada suatu hari nanti.
Ia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ‘Najib Razak’ pada tahun 2016, pada masa dalam usaha untuk membuka lagi 10 cawangan di lokasi yang strategi.
Lulu Hypermarket pada penilaian dtbn juga telah mempunyai peminat atau pengunjung tersendiri akan kerana keyakinan terhadap produk halal yang dijual.
Negara yang telah terpilih setakat ini :-
- United Arab Emirates – 2000
- Oman – 2005
- Bahrain – 2007
- Saudi Arabia – 2009
- Kuwait – 2007
- Qatar – 2000
- Egypt – 2010
- India – 2013
- Yemen – 2006
- Indonesia – 2016
- Malaysia – 2016
Carian sumber di wikipedia juga telah menunjukkan Lulu Hypermarket berpusat di Abu Dhabi dan kepunyaan Yusuff Ali Musaliam Veettil Abdul Kader (Pengasas) berbangsa Indian.
Pasaraya kepunyaan beliau juga dijamin 100% barangan halal juga sentiasa mengekalkan kebersihan tahap tertinggi pada setiap masa, tidak percaya sila datang sendiri dan lihat.
Selain kebersihan kekuatan Lulu Hypermarket adalah di atas harga barangan murah dan mampu milik ekoran ekonomi dunia sedang tidak menentu maka eloklah mempunyai pasaraya yang mampu membantu penduduk sekitar.
Didalam juga mempunyai medan selera yang halal paling menarik ia menghidangkan pelbagai hidangan untuk para pengunjung yang hadir.
Seterusnya dalam pelancaran yang pertama di Kuala Lumpur, memorandum juga di tandatangan oleh kedua pihak iaitu Lulu dan Federal Land Development Authority (FELDA) .
Kini ia sudah boleh di iktiraf sebagai pusat beli belah setempat yang menyediakan pelbagai keperluan sehingga kain-kain untuk perayaan juga di import.
Yang paling penting untuk rakyat marhaen di sekitar kuala lumpur, (penduduk kuala lumpur bukan semua kaya) Hulu Hypermarket menyediakan parking percuma untuk pengunjung dari isnin hingga jumaat bermula jam 6 petang dengan berbelanja sebanyak RM75.
Tahap berbelanja untuk tiket parking percuma itu masih belum dapat tandingi pasaraya yang sedia ada seperti Giant Hypermarket yang hanya memerlukan resit perbelanjaan sebanyak RM30 sahaja untuk menerima parking percuma.
Sehingga kini Lulu sudah mempunyai 132 cawangan di seluruh dunia dan tidak lama lagi akan dibuka di Setia City Mall, Bangi Gateway, Johor Bahru dan juga Kelantan, ternyata jenama LuLu mendapat kepercayaan dari pengguna, Afrika Utara, India dan juga di Indonesia. Malah mereka juga dalam masa yang sama merancang untuk membuka satu cawangan di setiap negeri.
http://www.luluhypermarket.com
https://web.facebook.com/LuLuHypermarketKL
https://web.facebook.com/Yusuffali.MA/
