Dunia

7 Cara Terbaik Menguruskan Kewangan Anda

Tahukah anda bila masuk perayaan CNY, boleh dikatakan semua kedai baju, restoran, pejabat kepunyaan mereka akan tutup melainkan pekerja mereka dari golongan pendatang asing.

Manakala bila mereka tutup kedai kita sebagai bangsa yang lain akan rasa macam kekurangan peniaga yang buka kedai ketika cuti.


Maklumlah bukan semua orang yang berpusu pulang ke kampung, malah ada sahaja yang berpusu menuju ke pusat membeli belah.

Sebelum anda keluar menuju pusat beli-belah sila baca 7 cara terbaik menguruskan kewangan dibawah..

#1. Senaraikan segala pembelian dan komitmen.

Ramai diantara kita tidak pernah melakukan senarai dari semasa ke semasa, yang tahu bila ada keinginan terus sahaja beli melalui hutang mahupun menggunakan tabung simpanan.

#2. Kurangkan langanan saluran berbayar seperti tayangan atau muzik kerana ia bukan percuma.

Kini tidak perlu lagi sibuk untuk membetulkan siaran tv atau sibuk bertanya pada kawan apakah filem bentuk cakera padat terbaru yang mereka perolehi sekarang. Tapi dengan ada saluran berbayar seperti astro on demand, Iflix, Netflix, SlingTv atau Hulu kita boleh sahaja menonton beribu-ribu tayangan dalam tempoh yang ditetapkan.

#3. Belajar untuk bersabar.

Bila anda melihat sesuatu yang baru, hendaklah bersabar kerana barangan yang baru pasti akan jadi barangan yang lama sekaligus harga juga akan menjadi lebih murah dari mula-mula pelancaran. Seeloknya cuba tunggu beberapa minggu lagi manalah tahu barangan itu sudah tidak menarik perhatian anda lagi.

#4. Sentiasa berfikir berbaloi atau tidak sebelum membeli.

Ini adalah bagus bagi kita terutama kaum wanita, kerana barang yang kita beli tidak semesti dapat dimanfaatkan 100% dalam masa setahun. Katakan gaji sehari RM40 ingin membeli dompet mencecah RM350 adakah ia berbaloi dengan masa yang kita curahkan di jalanraya dan di tempat kerja?

#5. Berhenti membeli barangan dan cuba diy sendiri menggunakan barang terpakai.

Adakala runsing kasut/selipar bersepah, mungkin memerlukan almari untuk simpan. Nanti dahulu, cuba belajar untuk menjadi seorang yang kreatif. Anda boleh sahaja menggunakan kotak yang tidak digunakan dan letak ubat pepijat untuk mengelak kotak dimakan lipas atau boleh mengumpul kayu-kayu yang tidak dipakai untuk dijadikan almari.

#6. Sentiasa mencari kupon diskaun atau promosi sebelum membeli atau makan diluar.

Jika diamati kupon diskaun pada masa kini amatlah berguna terutama bagi pelangan atas talian macam kita. Cuma setiap kupon pasti akan datang dengan terma&syarat tersendiri. Selalunya mereka lebih suka kita berbelanja lebih terhadap produk yang ada. Tapi dalam situasi begini apa yang perlu kita lakukan? Ya! inilah masanya untuk anda bertanya khabar adik beradik atau sahabat sambil bertanya adakah mereka ingin sertai untuk membeli barangan yang anda pilih. Jika ya, tahniah anda baru sahaja berjaya mendapatkan barangan itu dengan harga istimewa!

#7. Padam data kad debit/kredit anda pada platform yang pernah anda langan sebagai contoh Spotify!

Jika zaman 90an ramai menempah kad kredit untuk pembelanjaan atau mengikut trending. Kini tiada lagi yang gila melainkan golongan ahli koperat atau gaji 2,000 keatas. Tapi yang menarik rakyat marhaen pun sudah boleh guna seakan kad kredit cuma ia dipanggil debit(duit sendiri).

Bahaya platform seperti Spotify atau seangkatannya adalah mereka ada kuasa untuk memperbaharui langanan anda secara automatik melainkan anda nyah aktif di bahagian pembayaran dari auto kepada manual.

Jadilah pengguna bijak serta rakyat yang prihatin, jangan sesekali campak duit hasil titik peluh anda ke longkang dengan sewenangnya.

Hargailah masa, kerana setiap dari kita sentiasa menghitung masa semenjak dari sekolah sehingga bekerja sampailah pencen menunggu saat dinantikan.

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)