Dunia

Tony Fernandes beri keselesaan kepada bahagian luggage dengan memberi cuti 4 hari seminggu

Viral - Video di media sosial dimana kelihatan Tony Fernandes memberi taklimat kepada pekerja Airasia bahagian luggage dengan memberi berita gembira iaitu kerja 4 hari cuti 4 hari dengan syarat syif bekerja adalah 12jam sehari.

Dikatakan peluang itu diberi atas alasan untuk memberi pekerja bahagian luggage lebih bersemangat untuk menjaga barangan penumpang.

tony

Apa yang penting jangan ada lagi isu baling atau campak bagasi penumpang dengan sewenangnya kerana tiada penumpang tiada kerja untuk kita.

Netizen di laman sosial juga memberikan komen yang baik pada Tan Sri Tony Fernandes kerana mempunyai ciri-ciri majikan yang di ingini iaitu turun padang dan memberi taklimat dengan gaya sendiri.


Ada juga bekas pekerja airasia bahagian luggage menyatakan kerja 4 hari cuti 4 hari sudah diamalkan sejak dari dulu sehingga manager yang sedia ada ditukar dan waktu bekerja terus berubah kepada bertugas 4 hari cuti 2 hari.

Dengan kuasa viral, netizen mula menyebarkan video bagaimana pekerja bahagian luggage ini mengendalikan bagasi penumpang.

Netizen juga berharap pekerja yang ditugaskan mengendali bagasi terus memberi perkhidmatan yang baik dan bertanggungjawab atas barangan penumpang.

https://www.airasia.com/my/en/promotion.page

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)