Sukarela Dtbn ingin kongsikan beberapa android games premium kepada pengguna android terutama pembaca.

Bukan senang nak dapat peluang muat naik permainan video premium dari play store secara percuma dah lah ori pula tu. Bukan macam orang tu masih mengharapkan versi crack sedangkan harga games android tak sampai RM10 pun malah adakala siap diberi diskaun lagi.
Apa salahnya menyokong kreativiti pengasas atau anggap belanja secawan kopi kerana telah berjaya menghasilkan permainan video yang dianggap menarik.

Permainan video ini dikeluarkan oleh Dotomchi Games Inc. dijual dengan harga RM 3.99 melalui google play store tetapi hari ini ia adalah percuma untuk anda dan bakal berakhir dalam masa 6 hari iaitu 24 march.

Ini pula bakal berakhir dalam 3 hari iaitu sehingga 21 march, harga asal cuma sekitar RM 1.99 dan boleh didapati dari play store. Permainan ini di kategori seram,puzzle dan pembunuhan ok senang cerita aku tak minat seram maram ni.

Yang ini agak mahal iaitu sekitar RM 8.99 tapi hari ini korang boleh muat naik laju-laju sebab hari ini adalah hari terakhir untuk dapatkan ia secara percuma. Permainan dia kalau kami lihat di youtube ia macam dalam kategori IQ apapun kasi cuba dulu sebab ia memang menarik.

Percuma ni hanya ada lagi 16jam dari sekarang, harga sekitar RM 3.49 dan cara permainan dia pun agak menarik bagi seseorang yang ada jiwa gamers acewahh apa pun kasi muat naik dahulu seronok atau tidak belakang cerita nama pun percuma.

Yang akhir sekali games fighting, harga sekitar RM 1.49 sahaja dan masih ada 3 hari lagi untuk muat naik ia secara percuma. Permainan games ni juga mempunya pelbagai versi dan cerita sebab kalau korang taip nama dia memang banyak versi di playstore.
Nota: Games diatas ini mungkin dalam bentuk percubaan (beta) untuk pelangan android, jadi jika ada sebarang bugs atau lain-lain silakan nyah-pasang apps tersebut dari peranti anda.
