Filem Pacific Rim boleh dikatakan seperti cerita animasi Gundam dari jepun dimana membawa watak robot yang canggih.

Bezanya cuma cerita animasi Gundam berperang sesama manusia di angkasa lepas, lain pula jalan cerita filem dari barat ini. Para pejuang robot bermatian mempertahankan kota atau dunia dari serangan makhluk raksasa yang muncul ntah dari mana.
Jika nonton pacific rim 1, mereka menceritakan makhluk raksasa itu munculnya dari perut bumi melalui dasar laut. Maka dalam filem itu juga menunjukkan para pejuang robot mereka dihantar ke tengah laut untuk melawan atau memusnahkan raksasa itu tapi hasilnya gagal.
Pacific Rim 2 : Uprising , akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 22 march tahun ini bermakna tidak lama sahaja lagi untuk menonton kisah seterusnya dan menikmati kecanggihan robot pejuang mereka.
Dalam filem ini juga menunjukkan beberapa negara telah bersatu untuk melawan raksasa menggunakan kecanggihan robot masing-masing.
Seperti yang digambarkan dalam filem pertama mereka, negara-negara yang berjuang menentang raksasa adalah jepun, china termasuk amerika. Manakala robot pejuang mereka juga mempunyai kecanggihan masing-masing senang cerita dari kilang lainlah.
Pengarah Steven S. DeKnight dengan beberapa pelakon handalan lain mengisahkan tentang peperangan menggunakan kekuatan robot bersama raksasa yang dinamakan 'Kaiju'.
Beberapa pengemudi robot yang dipanggil 'Jaegar pilots' telah bertemu bersatu dalam generasi baru untuk menghapuskan 'Kaiju' yang dikatakan telah kembali menakluk bumi.
Jadi tunggu apa lagi, siapkan robot-robot anda untuk ke pawagam pada 22march ini. Tidak ada tiket? Jom shared artikel ini melalui pages https://web.facebook.com/DtbnNetwork dan tunggu kami inbox anda!
