Dunia

Saham Spotify telah disenaraikan dalam bursa New York

Spotify dikenali hampir diseluruh dunia telah membuat pengumuman bakal menjual beberapa peratus sahamnya kepada umum.



Statistik pelangan spotify, mempunyai sekitar 159 juta pengguna aktif bulanan dan 71 juta pelanggan premium yang membayar.


Syarikat penstriman muzik Spotify telah berjaya menjana pendapatan hampir $5 bilion pada tahun 2017, berbanding $3.6 bilion pada tahun 2016.


Statistik kerugian pada tahun 2017 adalah $461.2 juta berbanding $425 juta pada tahun 2016.


Kini pelabur di new york juga mempunyai peluang untuk melabur secara langsung dalam perniagaan muzik yang berada di peringkat awal pemulihan kerana dunia hiburan muzik diseluruh dunia hampir pupus kerana terpaksa berperang dengan sindekit cetak rompak.


Penggunaan radio juga semakin kurang kerana sudah tidak releven untuk netizen kerana pada masa kini kita sudah mempunyai pelbagai gedung untuk memainkan musik pilihan.


Spotify diketuai oleh Daniel Ek, seorang usahawan dari Sweden telah mengasaskan syarikat spotify dan juga telah berjaya merekrut kakitangan profesional dalam organisasi di AS.


Pada masa sama Spotify turut mempunyai saingan yang kuat walaupun ia adalah peneraju dalam aliran muzik. Saingan yang harus dihadapi adalah dari Apple Inc, Amazon.com Inc, Alphabet Inc juga dari dari Tencent.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)