Dunia

Google melarang pengiklanan berkaitan cryptocurrency dan dompet digital

Enjin carian internet terbesar dunia, Google mengumumkan secara rasmi ia akan menyekat iklan berkaitan 'Cryptocurrency dan kandungan berkaian.'


Manakala untuk beriklan dengan perkhidmatan 'Adwords', pengiklan perlu mempunyai lesen oleh pihak berkuasa kewangan negara masing-masing atau negara yang mereka ingin iklankan.



Melancarkan lagi pengiklan boleh meminta dan mematuhi undang-undang yang berkaitan dari pihak Google untuk mendapatkan pensijilan yang telah bermula tahun ini.


Netizen juga berpendapat Google turut mengikut jejak dari Facebook dengan melarang iklan jenis 'Cryptocurrency dan berkaitan' untuk menjaga keselamatan pengguna.



Statistik Google pada 2016 berkaitan iklan juga mengatakan, pihak mereka telah berjaya menyekat sekitar 79 juta jenis iklan atas kesalahan cuba menghantar pelawat ke laman web yang mempunyai malware.


Tidak cukup dari itu, pihak Google juga telah berjaya menghapuskan kira-kira 400,000 akaun pengiklanan yang telah melanggar perjanjian dengan menggunakan kaedah yang salah terhadap iklan-iklan.


Salah satu alasan syarikat enjin pencarian gergasi melakukan perubahan ini atas kerana mendapati beberapa syarikat yang berkaitan didapati telah tutup kerana mengalami kerugian atau cuba melakukan penipuan secara online.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)