Siapa sangka syarikat gergasi seperti Microsoft turut menerima matawang digital sebagai kaedah pembayaran.
DIkatakan sebelum ini pihak mircrosoft telah menerima matawang Bitcoin (BTC), manakala beberapa hari lepas telah membuat kenyataan ia telah menambah lagi satu jenama crypto iaitu (BCH).

Sekaligus kini menjadikan pihak Microsoft secara tidak langsung telah menerima 2 jenama crypto terkenal untuk dijadikan kaedah pembayaran.
Malangnya pembayaran itu hanya dihadkan pada negara tertentu sahaja iaitu AS, manakala di negara-negara lain masih menanti lampu hijau dari kerajaan masing-masing untuk meluluskan.
Pada bulan januari khabar angin mengatakan pihak microsoft akan berhenti menerima pembayaran menggunakan Bitcoin(btc) kerana network fee yang dikenakan agak tinggi.
Manakala bitpay sebagai orang tengah telah berjaya menasihati microsoft untuk menggunakan matawang Bitcoin Cash(BCH) atas alasan network fee mungkin lebih rendah.
Kos rangkaian(Network fee) untuk BTC adalah sekitar 1.2%, manakala khabar angin mengatakan BCH mungkin tidak dikenakan sebarang fee untuk sebarang transaksi yang dilakukan.
Pada masa sama, Bitpay sebagai orang tengah juga telah memainkan peranan dengan menghidupkan kaedah pembayaran menggunakan BCH untuk alternatif kepada hampir 100,000 lebih pelangan mereka termasuk Microsoft.
