Dunia

Ikea United Kingdom mula menjual panel solar dan bateri

Dengan terciptanya sistem solar, lama kelamaan segelintir mula sedar akan faedah kuasa solar di rumah.


Diluar negara sedang sibuk mencari sumber elektrik untuk penjimatan, tetapi bagi individu yang cerdik mereka sedaya upaya berusaha mencari sumber tenaga yang boleh dijadikan sebagai elektrik.



Ada yang cuba melakukan ujicuba dari anak sungai dan ada juga dari sumber matahari iaitu dengan menggunakan sistem solar dan bateri.


Manakala ikea di UK kini menawarkan panel solar dan bateri dengan harga $ 3,970 USD. Ikea juga sudah melakukan kajian dimana purata perumahan di UK yang mempunyai panel solar akan menggunakan kuasa elektrik sekitar 40%.


Baki 60% pula adalah statistik menunjukkan tidak digunakan secara menyeluruh oleh penghuni.


Ikea juga membuat kenyataan dengan mengatakan rakyat perlu cuba beralih kepada penggunaan kuasa solar sekaligus ia dapat mengurangkan bil elektrik sehingga 70%.



Rakyat di Malaysia juga kelihatan sudah mula mengenali apa itu solar, walaupun harga barangan dan pemasangan solar kini masih mahal tapi ia juga dikatakan salah satu langkah kearah penjimatan.


Tarif TNB juga seringkali merisaukan rakyat Malaysia kerana selalu didedahkan dengan khabar angin dimana tarif bakal dinaikkan oleh kerajaan.


Maka dengan ada teknologi solar ini harap rakyat boleh cuba beralih arah kepada tenaga matahari dan mula berjimat.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)