Pengguna Dropbox tidak lama lagi dapat mengakses dan edit dokumen Google secara langsung dari akaun, kenyataan ini dibuat selepas kedua-dua syarikat itu mengumumkan rancangan untuk mengintegrasikan perkhidmatan mereka.

Bermakna pengguna dapat mengubah dan menyimpan dokumen Google di Dropbox, kata syarikat itu. Dropbox juga merancang untuk menambah sokongan untuk perkhidmatan Gmail dan perkhidmatan Google Hangouts .
Dropbox mengumumkan keputusan bergabung bersama Google bertujuan untuk membantu pengguna G Suite memanfaatkan storan awan dengan membiarkan pengguna membuka dan mengedit fail G Suite secara langsung dari folder Dropbox dari pemacu keras dan di web.
"Kami mahu memudahkan pengguna ketika menggunakan peranti dengan alat yang mereka suka," kata Tony Lee, naib presiden kejuruteraan Dropbox, menulis dalam blog. "Perkongsian ini dengan Google Cloud adalah satu lagi cara kami bersatu dengan google. "
