NASA membuat kenyataan dengan berharap akan menemukan planet seterusnya serta akan terus membuat kajian sama ada mempunyai sumber kehidupan atau tidak selain dari planet bumi.
Ia juga merancang untuk menghantar satelit berteknologi terkini ke angkasa lepas bagi melancarkan misi pencarian planet tersembunyi atau seterusnya.
Roket satelit itu akan berlepas dari pusat angkasa Kennedy di Florida dengan kos di anggarkan $ 337 juta.
Dengan alat terkini dari NASA dipanggil TESS, mereka berharap dapat mengesan ribuan dunia yang tidak diketahui selama ini.
Pihak NASA menyatakan bahawa sudah berdekad mereka usaha mencari planet yang menyerupai bumi iaitu mempunyai tumbuhan, udara malahan mungkin memiliki lautan yang luas.
Bagaimana pun masyarakat di USA masih ada yang membantah dan tidak mempercayai NASA malah turut mengatakan projek ini adalah satu pembaziran.
Manakala pihak NASA sendiri akui dengan mengatakan "Walaupun teknologi TESS mereka tidak dapat mencari kehidupan di luar Bumi, tetapi TESS mungkin dapat membantu dengan menunjukkan ruang angkasa lepas lebih meluas.

Manusia pada masa kini juga percaya dimana pada masa silam juga telah mempunyai teknologi mungkin lebih canggih atau lebih baik dari sekarang.
Cuma hal-hal yang menjadikan manusia mempunyai sifat ingin tahu itu lah telah membuahkan fikiran untuk cuba keluar dari bumi untuk mencari sama ada adakah kehidupan lain selain dari mahkluk bumi.

