Sebelum ini kita mendapati Tunetalk salah satu syarikat telekomunikasi yang terawal menawarkan faedah perlindungan kepada pengguna dengan syarat-syarat tertentu, maka pada tahun ini muncul skim perlindungan dari syarikat telekomunikasi yang seterusnya iaitu U Mobile milik Berjaya Group.
U Mobile sukacita memaklumkan mereka dengan berbesar hati menawarkan perlindungan hayat dengan premium yang paling rendah iaitu hanya RM 5/sebulan. Perlindungan setinggi RM 18,000 untuk kemalangan biasa manakala yang kedua Kematian disebabkan oleh penyakit berjangkit seperti yang dinyatakan 'Demam Denggi, demam Chikungunya, Malaria, Encephalitis Jepun, Influenza Burung, Virus Zika' akan memperolehi 2x ganda insuran bernilai RM36,000 secara keseluruhan RM 72,000.
Peserta yang layak lingkungan dari umur 18tahun sehingga 45tahun, cara pembayaran juga adalah mudah iaitu dengan hanya memotong dari kredit topup setiap bulan. Bagi pelangan yang inginkan perlindungan hayat boleh terus kunjungi UM Self Care Portal atau My UMobile App.
U Mobile juga membenarkan pelangan untuk batalkan langanan perlindungan hayat dalam masa 60 hari dimana pihak U Mobile akan kreditkan semula jumlah kredit kepada topup atau postpaid anda.
Pelan GOLIFE dari U Mobile telah bekerjasama dengan syarikat insuran Sun Life Malaysia. Selain dari premium RM 5 mereka juga menawarkan premium RM 10 yang menawarkan perlindungan sekitar RM 76,000.
Ciri-ciri utama GOLIFE adalah pendaftaran secara online (dari serendah RM5 sebulan) tidak ada komitmen tetap, melanggan & berhenti berlangganan bila-bila masa dan jaminan kepuasan 60 hari (berhenti dalam masa 60 hari pertama dan dapatkan bayaran balik secara penuh.
Maklumat penuh boleh didapati disini https://www.u.com.my/golife

