Pasukan bulan sabit merah dari Turki berkata pihaknya akan menghantar bantuan kemanusian menggunakan beberapa buah trak untuk dihantar ke Afrin di laut barat Syria tidak lama lagi.
Pasukan ketenteraan Turki juga telah berjaya mengawal pusat bandar Afrin dimana sebelum ini menjadi kubu utama bagi pengganas YPG / PKK semasa Operasi Olive Branch.
Bulan sabit merah dihantar kesana dalam tujuan untuk menjamin akan isu kesihatan penduduk, dalam masa membekalkan keperluan makanan.
Pihak turki berkata, setelah mereka berjaya membersihkan kawasan itu dari sebarang bahan letupan. Mereka akan mula membantu dalam hal membaik pulih pembinaan infrastruktur.
Seterusnya pihak berkuasa Turki juga akan bekerja sebaiknya untuk menyediakan air bersih di kawasan itu.
Kepada penduduk Afrin, Turki juga akan memberikan bantuan sebaik yang mungkin dengan menyediakan sumber makanan yang diperlukan oleh penduduk sekitar.
Manakala pasukan penyediaan pemakanan telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pada masa makanan kering telah mula diedarkan supaya penduduk tidak mengalami kelaparan yang kritikal.
Turki juga akan membangunkan beberapa hospital di kawasan stratergi yang mengandungi 50 - 200 katil turut menghantar doktor pakar untuk mengendali.
Jenaral Turki berkata, operasi ini bertujuan untuk keamanan dan kestabilan di sepanjang sempadan Turki serta cubaan melindungi rakyat suriah dari sebarang kekejaman pengganas dan penindasan.
Pihak berkuasa Turki juga menegaskan supaya dunia memilih saluran media yang benar dan sahih supaya tidak terperangkap dengan berita fitnah dan palsu.

