Dunia

Beberapa rakyat Palestin tercedera berpunca dari serangan Israel di sempadan Gaza

Sumber berkata sekitar 15 rakyat Palestin terbunuh pada hari jumaat berpunca tembakan dari pihak Israel berhampiran sempadan Gaza.



Menurut kementerian kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata pasukan Israel melepaskan tembakan rambang kearah sempadan timur Gaza.


Serangan itu dimulakan Israel setelah ramai rakyat Palestin berkumpul berhampiran sempadan bertujuan protes.



Perhimpunan itu juga adalah hari peringatan dimana tahun 1976 warga Arab telah dibunuh oleh tentera Israel ketika membuat demonstrasi mengenai rampasan tanah.


Para penunjuk perasaan menuntut agar pelarian Palestin dibenarkan kembali ke bandar dan kampung halaman mereka yang telah dihalau semenjak Israel ditubuhkan pada tahun 1948.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)