Turki akan mula membina sistem 5G dan teknologi terkini untuk kemodenan negara kata ketua pegawai eksekutif Open Networking Foundation (ONF).
Pendapat pakar berkata sesebuah negara memerlukan rangkaian yang lebih baik untuk menyokong terhadap teknologi sekarang.
Dasar ini juga menunjukkan kerajaan Turki berusaha untuk berdaya saing dalam memperluaskan rangkaian perkhidmatan yang terbaik untuk negara dalam masa sama bakal membina infrastruktur komunikasi ke kawasan luar bandar.
Protokol juga telah ditandatangani antara ONF dan kerajaan Turki untuk menguji teknologi telekomunikasi terbaru.
Turk telekom juga akan bersama dalam usaha mencipta rangkaian terbaik bersama ONF dan jurutera perisian mereka turut bergerak aktif dalam mengambil bahagian untuk menyumbang kepada projek yang sedang diusahakan.
Sejak 2011 ONF telah bekerjasama dengan sekitar 150 organisasi termasuk universiti, vendor peraltan, pengeluar cip dan pembekal perisian.
ONF dilantik untuk misi menjaga dan menyelesaikan isu rangkaian serta perisian sumber terbuka kepada negara bertujuan demi menaik taraf keselamatan negara.

