Dunia

Pelajar dari Turki membuat kempen bantuan untuk Rohingya

Kira-kira sekitar 600 pelajar dari Turki telah berjaya membuat kempen bantuan Rohingya dan dikatakan pelajar turki bercadang membina 6 buah tempat penginapan untuk umat Islam Rohingya di Bangladesh.



Pemimpin Islam seluruh dunia juga diharapkan turut menghulurkan bantuan kepada umat Islam yang teraniaya tanpa mengira bangsa dan negara.


Rohingya adalah sebuah kelompok etnis Indo-Arya dari Rakhine (juga dikenal sebagai Arakan, atau Rohang dalam bahasa Rohingya) di Burma. Rohingya adalah etno-linguistik yang berhubungan dengan bahasa bangsa Indo-Arya di India dan Bangladesh .



Walaupun media di internet sering memainkan isu-isu sejarah bangsa Rohingya dari segi baik mahupun buruk, tapi dari pandangan Islam mereka tetap mahkluk ciptaan yang maha esa iaitu tidak lari dari melakukan kesilapan.


Jika di Malaysia, sudah terbukti umat Islam dari seluruh pelusuk dunia yang berdagang dan bekerja seperti bangladesh, pakistan malah ada juga bangsa Rohingya datang memenuhi surau dan masjid berdekatan.


Maka siapapun dari manapun, mereka tetap adalah ciptaanNya, tidak ada satu sukupun di dunia ini yang boleh mengatakan mereka suku bangsa asli di suatu wilayah.


Kerana pada hakikatnya semua dicipta untuk mewarnai dunia kasihilah mereka, sebab mereka juga berhak mendapatkan perlindungan dan sebidang tanah untuk bercucuk tanam supaya dapat meneruskan kehidupan.


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)