Dunia kini semakin sempit dengan perebutan kuasa dan yang menjadi mangsa adalah rakyat terutama umat islam yang berada di tanah arab.
Permainan fitnah dajjal dan pelbagai tuduhan terhadap pemimpin negara-negara di tanah arab juga menjadi perbualan oleh media barat.
Yang jadi permasalahan sekarang, peperangan ini bukan sahaja kerana kedudukan mahupun permainan politik tapi pada akhir zaman ini ia lebih kearah kepada peperangan fahaman Agama.
Media barat berperanan untuk memutar belit isu-isu umat islam di tanah arab, manakala penduduk umat islam disana juga terpaksa menjadi mangsa pelarian kerana sering ditindas oleh negara-negara sekutu amerika.
Untuk menutup agenda jahat, dunia sering memainkan isu tertentu supaya dunia tidak nampak permasalahan peperangan di negara arab timur tengah.
Sumber statistik juga mengatakan jumlah kematian umat Islam di tanah arab semakin meningkat setiap tahun.
Sejarah juga membuktikan jika pihak amerika sudah mula masuk campur sudah pastinya sesebuah negara atau kerajaan itu akan hancur dan digantikan dengan pemimpin yang lain atau senang cakap jadi tanah jajahan amerika.
Di Syria kini mempunyai beberapa kelompok ketenteraan iaitu datang dari pihak sekutu israel manakala bagi pihak umat islam pula Allah datangkan turki untuk menghulurkan bantuan kemanusian.
Demi memperjuangkan hak Islam di tanah arab, kerajaan turki dibawah pemimpin erdogan beliau akan memperluaskan lagi kawasan lindungan kepada
Kerajaan turki juga lantang bersuara akan isu keamanan di tanah arab pada masa sama pihak erdogan juga tanpa henti menyalurkan bantuan kepada mangsa pelarian di syria.
Sehingga pihak ketenteraan turki terpaksa memasuki kawasan sempadan iaitu Idlip dengan cara peperangan demi menyalurkan bantuan kemanusian kepada penduduk Islam.
Sekaligus kerajaan turki juga tidak akan berhenti begitu sahaja, jeneral dari turki juga giat membuat perancangan untuk memperluaskan lagi perlindungan demi umat islam di sekitar.
Menurut sumber sejarah Islam Syria, Palestin, Jordan dan Lebanon serta yang terdekat merupakan negeri yang dinamakan Syam sebagaimana di cerita didalam al-quran.
'Hanya Allah sahaja yang mengetahui.'

