Seperti yang kita tahu dunia arab mempunyai pelbagai kefahaman dan mazhab. Sumber yang diperolehi dari internet juga mengatakan puak Houthi mendukung kefahaman syiah.
Suku ini dikatakan telah memerintah bahagian utara negara itu selama 1,000 tahun, sehingga mereka digulingkan pada awal 1960-an.
Arab Saudi turut menganggap kehadiran gerakan Syiah di Iran yang berhampiran sempadan selatannya sebagai tanda risiko.
Pada 25 Mac, pasukan Saudi mendakwa telah memintas tujuh peluru berpandu balistik Houthi di seluruh negaranya.
Pihak berkuasa Saudi berkata militan Houthis telah melepaskan hampir 90 peluru berpandu balistik menuju negara Saudi pada tahun lalu, Riyadh dan Amerika Syarikat sekaligus terus menuduh Iran menyediakan senjata kepada puak militan itu.
Iran pula membalas menafikan ia menyalurkan persenjataan kepada puak militan Houthis. "Kami secara mutlak menolaknya sebagai tidak berasas dan, pada masa yang sama, tidak bertanggungjawab, provokatif dan merosakkan," kata Gholamali Khoshroo, duta besar Iran di PBB, sebagai tindak balas terhadap dakwaan itu.
Jadi, siapakah yang sedang memainkan permainan ini? seperti yang kita ketahui negara-negara di tanah arab pada hari ini hampir setiap sudut mengalami kehancuran sehingga menjadikan rakyat-rakyat mereka mangsa peperangan.

