Akhirnya kedai roti bertaraf premium yang dimiliki oleh Tun Dr Mahathir Mohamed iaitu bekas perdana menteri Malaysia secara rasmi ditutup.
The Loaf mula membuka cawangan pertamanya di Telaga Harbour, Langkawi pada tahun 2006 dengan pelaburan mencecah 3 juta ringgit malaysia.
Kemudian perniagaan itu berkembang sehingga berjaya mencapai 12 cawangan antaranya di pusat beli belah KLCC, Pavilion dan Sogo dan lain-lain.
Kedai roti premium milik Tun Dr Mahathir Mohamed diuruskan oleh M&M Consolidated Sdn.Bhd dan usaha sama dengan Motoko Resources Sdn.Bhd pada masa sama Mahathir memiliki 51 peratus kepentingan dalam syarikat itu.
Bagaimanapun pihak pengurusan memaklumkan yang semua pekerja akan diberikan pampasan berikutan penutupan perniagaan itu.
Ada sumber luar berpendapat, hasil penutupan itu mungkin atas sebab ingin digunakan untuk bertanding dalam pilihan raya tidak lama lagi.

