App Revolut telah menambah matawang crypto kedalam aplikasi mudah alih mereka pada bulan mei yang lepas.
Bagi yang belum kenal, Revolut sama seperti Paypal cuma ia lebih maju kehadapan kerana menyediakan perkhidmatan pindahan matawang asing secara percuma dan mampu menukar matawang dunia dengan fee yang begitu rendah senanag cakap seperti money exchange versi mudah alih pula tu ia juga dapat melakukan pindahan wang ke paypal dan perniagaan yang menyokong di negara eropah.
Atas permintaan ramai Revolut juga telah bersetuju untuk memasukkan beberapa matawang crypto yang terkenal seperti 'Bitcoin, Xrp, Ethreum, Litecoin' supaya pengguna dapat pengalaman yang lebih baik.
Revolut turut disokong beberapa pelabur terkenal di Eropah iaitu Skype, Dropbox dan Facebook. Itu menandakan app Revolut sangat berpontesi tinggi dimasa akan datang.
Tidak ketinggalan juga tentang penggunaan Kad Debit yang disokong (VISA) dimana pengguna dapat memanfaatkan kad tersebut hampir diseluruh dunia dan mana-mana ATM dimasa akan datang.
Setelah beroperasi selama beberapa tahun iaitu pembukaan pada tahun 2015 di eropah dan telah mencecah sekitar 1.5juta pengguna manakala menurut sumber jumlah transaksi pengguna juga telah mencecah 70juta lebih dalam hanya beberapa tahun.
Dtbn juga berharap Revolut dapat memasuki pasaran di Asia terutama di Malaysia kerana ia salah satu teknologi yang perlu kita terokai sepertimana kita menggunakan perkhidmatan paypal sekian lama.


