Bank Negara Malaysia menyerbu Axios Group Sdn Bhd di Cheras kerana disyaki menggunakan perkataan 'bank' di papan tanda pejabat dan laman web mereka tanpa kebenaran.
Axios disyaki melakukan kesalahan dibawah seksyen 139(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013(FSA) tanpa kelulusan bertulis.
Semasa serbuan itu, dokumen dan komputer yang berkaitan telah disita untuk membantu siasatan.
Di bawah seksyen 139(1)FSA, adalah suatu kesalahn bagi mana-mana orang menggunakan perkataan 'bank'tanpa kelulusan bertulis melainkan jika pemilik itu dilesenkan di bawah Akta ini bagi menjalankan perniagaan perbankan atau pelaburan.
BNM mengesa orang ramai berhati-hati dengan syarikat yang tidak berlesen dan diminta merujuk terus kepada institusi kewangan berlesen yang tersenarai di laman web Bank Negara Malaysia.

