Dunia

Yonder Music - Kembali Dengan Muzik Tanpa Had Dan Percuma

Dua bulan lalu, rakan kongsi perkhidmatan muzik percuma tanpa had telah ditangguhkan tanpa sebarang notis kepada pengguna.



Ia merupakan ciri tambahan untuk pelanggan Celcom postpaid dan Xpax. Menariknya lagi langganan itu adalah percuma dan tidak menolak sebarang kuota dari pengguna.


Tidak lama begitu Yonder dikatakan telah beroperasi semula dan masih bebas dari sebarang iklan dan yuran langganan.



Yonder music kini mempunyai lebih daripada 20 juta lagu dan pengguna boleh terus memuat turun apps untuk merasai muzik tanpa had.


Menarik lagi bahawa Yonder juga boleh diakses secara percuma untuk pengguna bukan Celcom. Orang ramai boleh memuat naik dan mendengar secara percuma dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran.


Sekiranya anda ingin mencuba, ia boleh didapati di AppStore dan Google Play.


www.yondermusic.com


Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)