Pusat cyber cafe di china melaporkan sekumpulan penggodam didakwa telah bersekutu dengan pihak teknikal untuk menjalankan program untuk menghasilkan Siacoin.
Tidak lama kemudian pihak berkuasa di wilayah zhejiang telah berjaya menangkap 16 suspek yang disyaki telah perolehi 5 juta yuan ($800,000) hasil menggodam sekitar 100,000 buah komputer hampir seluruh di bandar China sejak julai tahun lepas.
Sumber mengatakan kumpulan itu telah mencipta satu program malware yang khusus boleh melancarkan cryptocurrency Siacoin pada komputer yang berjaya dijangkiti.
Keuntungan yang dibuat dari penjualan Siacoin telah dibahagikan kepada rakan sejenayah mereka malangnya ia tidak sempat diguna pakai.
Pusat internet di daerah itu mula menyedari setelah mendapati komputer mereka telah bertukar menjadi sangat perlahan disebabkan penggunaan CPU mencecah 70% walaupun selepas dihidupkan semula.
Sekaligus malware yang menjalankan program Siacoin turut menjadikan bil utiliti pusat internet di daerah itu melonjak tinggi disebabkan penghasilan matawang digital Siacoin.

