Apple telah mengesahkan melalui website mereka dimana Apple Maps sedang menghadapi bugs disebabkan ramai pengguna sedang menggunakan pencarian lokasi dalam masa sama.
Jika anda sedang cuba menggunakan apps Apple Maps ia akan loading selama 30 saat sebelum menunjukkan mesej ralat timing out iaitu 'No Results Found'. Dapati ramai pengguna telah mengajukan masalah di ruang social media akan tetapi pihak Apple respon agak lambat.
Kepada pengguna tegar iOS anda dinasihatkan untuk memasang app peta alternatif seperti waze atau google map untuk melancarkan perjalanan anda atau pencarian sesebuah lokasi.
Namun begitu Apple juga telah berjaya mengesan masalah pada sistem peta mereka dan sekaligus dapat membaiki situasi itu kepada asal. Kini pengguna iOS boleh menggunakan peta dari Apple seperti biasa tanpa mengalami sebarang masalah.

