Dunia

Yahoo squirrel pengganti yahoo messenger yang bakal dihentikan

Kepada pengguna otai yang mengenali yahoo messenger iaitu dari tahun 1998 sehingga sekarang dan mungkin ramai yang telah berpindah kepada aplikasi yang lain iaitu mungkin lebih pada penggunaan telefon pintar.



Mungkin jarang sekali kita lepak depan dekstop mengadap messenger seperti sekitar awal 90an dahulu. Tapi ketika itu juga kita turut mempunyai saluran chating yang terkemuka iaitu Mirc.


Mirc pada ketika itu juga digunakan secara meluas oleh beberapa kumpulan dan individu cuma dalam saluran mirc agak susah untuk mengenali indentiti seseorang kerana yang ada pun ramai id palsu kecuali ia datang dari kumpulan yang memang sudah kenal lama.



Notis dari yahoo messenger terkini adalah aplikasi messenger keluaran yahoo.inc akan dihentikan pada 17 Julai 2018 dengan alasan mereka akan membina projek baru yang seakan messenger mengikut teknologi semasa iaitu mungkin seperti whatsapp dan lain-lain.


Adakah yahoo akan gantikan dengan messenger baru?

Mengikut sumber soal jawab yang disediakan oleh pihak yahoo, mereka akan membangunkan sebuah aplikasi messenger terbaru yang dinamakan Yahoo Squirrel dimana konsep dia serupa seperti whatsapp messenger dan boleh disokong oleh android dan iOS.


Adakah sejarah chat yahoo messenger boleh di backup?

Ya, sejarah berbual anda boleh dimuat naik sila rujuk pautan ini (getmydata). Mungkin ada yang tertanya adakah ID pengguna turut akan tidak boleh digunakan, jawapan dia adalah ID anda telah linked kepada penggunaan yahoo mail dan lain-lain jadi mungkin ia tidak akan diganggu buat masa ini kecuali yahoo.inc membuat kenyataan syarikat dia akan ditutup pada abad yang akan datang.


Yahoo squirrel masih baru dan dalam keadaan (beta), bagi sesiapa yang teringin menjadi sebahagian penyumbang percubaan bolehlah cuba menyertai kumpulan (beta) dengan syarat harus mempunyai jemputan khas dari orang dalam.


https://squirrel.yahoo.com/


Android

iOS

Share this:

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)