Dalam keadaan hutang negara yang berlambak sewajarnya kerajaan teliti semula projek kereta nasional demi menuju negara maju dan moden bukan sahaja kita memerlukan jenama kenderaan sendiri tapi lebih baik tumpu kepada penggangkutan awam seperti aliran transit di kawasan pendalaman.
Harga petrol masih belum stabil dan rakyat pula belum menerima sebarang subsidi petrol dari kerajaan maka jika utamakan pengeluaran kenderaan yang sudah pastinya memerlukan dana dari kerajaan untuk membangunkan kenderaan tempatan seperti proton itu bermakna akan menambahkan lagi beban rakyat melainkan kereta nasional kedua memberi harga jauh lebih murah kepada rakyat.
Alasan PM mengenai proton adalah kerana geely telah mempunyai saham 49.9% sekaligus susah bagi kerajaan untuk masuk campur. Tapi sepertimana rakyat tahu proton masih kepunyaan DRB-Hicom dan ia bermaknan syarikat bumiputra masih mempunyai pegangan saham yang kuat untuk membuat keputusan.
Katakan jika kerajaan dibawah pimpinan Tun Mahathir boleh membeli semula proton dari DRB-Hicom besar kemungkinan proton boleh di baik pulih sekaligus dapat menyusun stratergi untuk mendapatkan kembali kesemua saham proton yang sebahagian di perolehi oleh geely.
Soalnya adakah kerajaan mampu untuk membaik pulih dalaman proton yang sedia ada? bagaimana pula dengan cadangan yang dikatakan ingin membina kenderaan nasional kedua.
Di Malaysia turut mempunyai kenderaan tempatan yang begitu popular dan sudah lama bertapak iaitu perodua, seperti yang kita ketahui pelancaran kenderaan pertama mereka ketika itu adalah kancil dan pada ketika itu mereka telah mampu bersaing dengan jenama tempatan seperti proton dan kereta import yang lain.
Perodua boleh dikatakan kenderaan mampu milik rakyat berbanding dengan kereta nasional proton. Ya, mungkin kualiti berbeza seperti mana yang kita ketahui kenderaan perodua adalah seperti tin MILO.
Walaupun ia dipanggil jenama tin MILO, kenderaan perodua tetap gah di jalan raya. Perodua juga terima cadangan tun mahathir dan terbuka untuk bersaing di pasaran.
Adakah dengan bina lagi kenderaan nasional ekonomi Malaysia dapat dipulihkan?
Apa sahaja bagi kerajaan dan ahli korperat lakukan, kesemuanya adalah risiko tinggi dan besar kemungkinan akan membabitkan rakyat jika mengalami apa-apa krisis.
Manakala bagi rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki hutang kenderaan mereka tidak mungkin akan dapat merasa itu belum lagi kisah individu tidak mampu mengambil lesen memandu disebabkan harga mahal dan tidak releven.
Jadi apa yang mereka perlu gunakan? Ya, sudah pastinya pengangkutan awam seperti transit dan lain-lain. Sebaiknya kerajaan kaji semula pengangkutan awam di kawasan pendalaman kerana ia akan memudahkan penduduk berdekatan daripada mereka terpaksa menanggung hutang kereta selama 7 tahun atau 9 tahun.
Tidak ramai yang dapat manfaatkan kereta di bandar kecuali digunakan oleh penduduk pendalaman supaya dapat keluar ke bandar sambil menanggung hutang kenderaan.
Kerajaan juga perlu fikirkan bagaimana untuk turunkan harga pengangkutan awam supaya rakyat dapat manfaatkan sekaligus ia dapat mengurangkan kesesakkan di jalan raya.

