Matawang digital blockchain mungkin masih sukar digunakan bagi sesetengah negara akan tetapi itu bukanlah penghalang kepada pengguna.
Hari ke hari kita dapati makin ramai yang sudah menyedari akan pasaran matawang digital ini sehinggakan ia pernah menjadi topik panas di kaca tv.
Apa yang menarik pada TenX Wallet?
Setelah mengikut perkembangan dunia crypto dapati makin banyak syarikat dari luar negara seperti singapura yang paling hampir di Malaysia telah membina syarikat yang menyokong matawang digital.
Ada yang tahap menawarkan kad debit kepada pengguna, dimana pemilik crypto boleh deposit atau menyimpan sebahagian digital asset mereka kedalam akaun dan jika ingin menggunakan mereka boleh sahaja mengeluarkan duit dari ATM atau pun swap sahaja kad debit itu di kaunter.
Dengan adanya keistimewaan ini, saya rasa ia bakal memecahkan mitos pada negara yang tidak menyokong cyrptocurrencies kerana ia sudah boleh di exchange melalui kad debit pelangan.
Pada awalnya yang menyokong kad debit adalah Xapo wallet(beta) dan seterusnya Wirex malah pada hari ini jika saya google makin bertambah website yang menyokong kad debit sehingga tidak tahu nak cuba yang mana satu.
Kepada yang masih mencari kad debit, harap bertabah untuk menilai setiap charges fee yang dikenakan oleh syarikat kerana tidak semua fee mahal tidak semua fee murah.
Sebagai yang saya ingin ceritakan TenX wallet adalah tempat baru untuk para jemaah crypto menyimpan asset mereka dan sekaligus menebus kad debit supaya boleh digunakan pada bila-bila masa.
Tapi malangnya disebabkan TenX masih baru permohonan kad debit kena pre-order dahulu supaya syarikat dapat jimatkan kos pembinaan kad secara kuantiti.
TenX turut dikatakan menyokong matawang digital etherium(ETH), bitcoin(BTC) dan dash, yang lain mungkin bakal menyusul kemudian mengikut permintaan dari pengguna.
Syarikat operasi TenX juga berada di Singapura seperti mana Bitx juga beroperasi disana untung rakyat singapura kan sebab kerajaan mereka tidak ganggu terhadap syarikat-syarikat ini.
TenX juga menjanjikan tiada sebarang yuran konvensyen yang akan dikenakan pada pengguna, wow! ini sangat menarik dan tidak ketinggalan juga kad debit mereka turut mampu mengeluarkan sejumlah wang dari mana-mana ATM.
Benar atau tidak, anda haruslah daftar dan memohon kad debit pre-order dahulu. Dah dapat nanti jangan lupa cuba dan gunakan ya.

