Dunia

10 Makanan Yang Tidak Boleh Amalkan Jika Mahu Turunkan Berat Badan

Terdapat makanan yang tertentu harus kita elakkan seperti roti coklat yang kelihatan tidak berbahaya, tetapi pada dasarnya ia mempunyai kadungan gula yang tinggi dan menjejaskan usaha penurunan berat badan anda.



Begitu juga makanan yang diproses seperti kerepek atau makanan ringan turut mengandungi banyak natrium dan kalori dimana ia boleh menjejaskan penurunan berat badan.


Adakah anda sedang cuba mencapai matlamat untuk kuruskan badan dengan amalam diet? Jika ya anda haruslah rajin mencari sumber-sumber makanan yang tidak mengandungi kandungan gula.


Bijiran dan serpih jagung boleh disebut sebagai sihat akan tetapi anda perlu ingat bahawa produk itu adalah di proses.



Makanan yang diproses terlalu panas demi menjadikan ia sebagai produk yang tahan lama adalah dengan mencampurkan indeks glisemik tinggi(GI) kata pakar makanan.


Chips : Makanan ringan asin ini sarat dengan kalori dan natrium. Ia juga boleh menyebabkan kenaikkan berat badan jadi sebaiknya pilih makanan ringin seperti kacang dan buah-buahan kering.


Biskut Oat: Oat adalah sumber karbohidrat komples yang hebat tetapi biskut diproses memusnahkan struktur bijirin oat kerana ia mempunyai sarat gula dan mentega.


Roti Coklat: Roti yang di komersial dengan pelbagai rasa seperti coklat dan lain-lain turut mempunyai kandungan gula yang tersembunyi malah warnanya pula boleh dikatakan hasil dari kandungan gula dan pewarna.


Perahan Jus: Adalah lebih baik memakan buah-buahan dan sayuran dalam bentuk asal untuk maksimumkan faedah. Jika anda menjadikan ia sebagai jus atau serbuk tablet mahupun kapsul seperti yang kita ketahui khasiat dan seratnya akan hilang jika ia di proses.


Kopi Ais: Kopi ais untuk menahan mata dari mengantuk atau menjadikan ia sebagai minuman bertenaga. Bagaimanapun sila ambil perhatian bahawa kopi ais mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi berbanding dengan kopi biasa.


Bar Protien: Ia adalah sejenis makan snek coklat yang disaluti dengan bijirin, bagaimanapun jika kita lihat kandungan dia ia akan tertulis mempunyai 200 kalori dan lebih 8gram kandungan gula oleh sebab itu ada yang mengatakan makan coklat mampu memberikan tenaga.


Snek Rendah Lemak: Makanan rendah lemak adalah sihat, tetapi yang menjadikan ia kurang sihat adalah ia adalah makanan yang diproses sekaligus ia pasti mengandungi banyak gula dan garam untuk memberikannya rasa dan membantu memeliharanya daripada rosak.


Salad: Ramai yang kata sayuran ini sihat bukan? Tetapi tahukah anda salah yang anda nikmati diluar mempunyai banyak bantuan minyak dan mayonis sekaligus membuatnya tidak sihat.


Sup Dari Paket: Sangat mudah membuat sup dari pakat semua dalam satu yang boleh didapati dari pasaraya. Tetapi produk yang diproses itu mengandungi natrium yang berlebihan dan mempunyai banyak lemak supaya menjadikan ia lebih sedap dan tahan lama.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)