Sumber gambaran adalah dari posting dari seorang peniaga di Facebook bersama foto menunjuk RM1 untuk sebiji durian di Sungai Kob, Kulim.
Seperti yang kita ketahui jika bekalan melebihi dari permintaan bermakna harga durian kemungkinan akan jatuh mendadak.
Jadi yang untuk adalah rakyat tempatan kerana dapat menikmati buah-buahan yang harganya tidak menentu disebab harganya ada naik dan turun.
Lain pula jika penduduk kampung yang mempunyai dusun sendiri atau pokok sendiri, mereka mungkin tiada masalah untuk menuai hasil dusun sendiri berbanding penduduk bandar yang terpaksa membeli mengikut harga pasaran.
Di Taman Chai Leng, Butterworth pula kelihatan peniaga menjual Musang King pada harga RM28 sekilogram.
Sumber dari peniaga mengatakan mereka terpaksa menurunkan harga harga kerana pemborong akan menghantar durian dua kali sehari maka disebabkan bekalan lebih banyak dari permintaan peniaga-peniaga ini sedang berusaha bersaing untuk melariskan durian mereka.
Harga sebelum ini mencecah RM125 sekilo untuk Musang King manakala mula jatuh sekitar RM65 sehingga RM50 pada tahun lepas.


Catat Ulasan