Dunia

Penggodam Mencuri Lebih 1.5 Juta Rekod Kesihatan - Singapura

Dalam rekod kesihatan dicuri itu dikatakan turut mempunyai jadual dan maklumat kesihatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta pemimpin yang lain.



Dikatakan penyerang secara berulang kali cuba menyasarkan butir-butir peribadi dan maklumat pesakit mengenai Lee Hsien Loong - Kata menteri kesihatan Gan Kim Yong pada sidang akhbar yang berlangsung.


Agensi Keselamatan Siber Singapura mengeluarkan kenyataan bahawa ini adalah serangan siber yang disengajakan malah dirancang dengan baik.



Dalam kenyataan dia juga menuduh bahawa ini adalah cubaan serangan dari agensi yang berprofil tinggi dan bukannya dari kumpulan kriminal biasa.


Katanya penyerang mungkin cuba memburu beberapa maklumat rahsia negara atau cubaan untuk memalukan saya - kenyataan Lee pada Facebook.


Setelah disiasat penggodam berjaya akses ke pangkalan data antara 27 Jun sehingga 4 Julai sebelum dapat dikesan oleh pihak berkuasa siber singapura.


Pada tahun 2017, penyerang turut pernah menceroboh pangkalan data kementerian pertahanan dan mencuri maklumat kira-kira 850 askar tentera Singapura dan kakitangan kementerian.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)