Menahan lapar dan bersenam belum cukup menjamin kesihatan. Anda masih tertinggal seperkara lagi iaitu amalan sebelum tidur.
Untuk menjamin senaman dan menahan lapar anda berjaya aktiviti sebelum tidur juga harus diambil kira kerana ada juga individu yang masih mengamal makan sebelum tidur atau menikmati minuman manis.
Ya, amalan ini sangat bahaya untuk kesihatan anda kerana dalam ketika badan kita sedang rehat, sistem penghadaman kita mungkin akan bergerak perlahan atau mungkin ia turut dalam keadaan rehat.
Apakah akan terjadi dengan sisa makanan yang berada dalam tubuh badan kita? Maka itulah salah satu punca berat badan kita meningkat kerana lemak-lemak itu menjadi tepu dan sebati.
Ada juga berfikiran malam ni makan banyak esok pagi bersenam dan begitulah aktiviti seterusnya.
Bersenam untuk mengeluarkan peluh tidak salah tapi harus juga menjaga jadual pemakanan yang sihat supaya hasil dari membakar lemak itu berkesan.
Dibawah Ini Kami Kongsikan 10 Perkara Anda Perlu Buat Sebelum Tidur.
Memberus Gigi : Setelah seharian kita mengunyah makanan dan nikmati air manisan seperti kopi dan coklat panas maka waktu malam sebelum tidur kenalah membersihkan gigi.
Elak Makanan Ringan : Pada tahun 2017 university of mexico menunjukkan makan lewat malam walaupun hanya menikmatik makanan snek ia boleh menyebabkan darah tinggi dan mengalami masalah jantung kerana kandungan bahan dalam snek itu.
Membersihkan Muka : Walaupun kita hanya berada di rumah pada waktu malam kebersihan muka harus diambil kira kerana mungkin kita sibuk didapur atau mungkin masih memakai bahan solek termasuk bagi yang terkena dari asap rokok.
Elak Minuman Manis : Kajian mengatakan minuman manis seperti kopi atau lain-lain mampu menaikkan berat anda dan bakal merosakkan gigi. Seeloknya amalkan segelas air kosong sebelum tidur dan selepas bangun tidur.
Tidur Berjadual : Waktu bekerja, waktu sekolah kita wajib hadir tepat pada waktunya begitu juga dengan waktu tidur seeloknya kita mempunyai masa yang tetap untuk merehatkan badan.
Bahan Kumuhan Mulut : Ini bonus bagi yang berkemampuan iaitu bagi mencegah kuman di dalam mulut dan mencegah kraviti. Walaubagaimanapun bahan kumuhan mulut ini turut mempunyai kesan negatif jika kerap digunakan.
Kosongkan Fikiran : Otak juga seperti mesin, ada masa ia perlu direhatkan dari berfikir. Sila tarik nafas sedalam yang boleh dan hembuskan secara perlahan-lahan untuk beberapa kali bertujuan memberi oksigen secukupnya di kepala.
Mandi Air Panas : Ini juga adalah bonus bagi yang berkemampuan atau terlebih rajin. Mandi air panas selama 20 minit mampu membuatkan anda tidur lena dan merehatkan otot serta dapat mengawal suhu badan bagi yang suka tidur dalam bilik penghawa dingin.
Makanan Yang Betul : Setiap hari pastikan anda mengambil permakanan yang sihat bagi mengelakkan anda terjaga pada malam hari seperti gejala sakit perut.
Masa Bertenang : Rutin harian kita mungkin sibuk bermula dari bangun tidur sehingga nak masuk tidur. Tapi sesibuk mana pun kita haruslah mempunyai masa untuk bertenang sebagai contoh bagi orang muslim adalah dengan mengerjakan solat.


Catat Ulasan