Dunia

Snapchat Menutup Perkhidmatan Pembayaran P2P - Snapcash

Snapchat secara rasmi akan menamatkan perkhidmatan pembayaran mudah alihnya pada 30 ogos menurut kenyataan yang tertanam di aplikasi android.



Setelah empat tahun sejak Snapchat melancarkan Snapcash iaitu pada bulan November 2014 dimana syarikat itu mengumumkan akan memperkenalkan ciri yang boleh membuat pembayaran melalui aplikasi mereka.


Ciri ini tersedia untuk pengguna Snapchat yang menggunakan sistem Android dan iOS di AS melalui kad debit.



Snapcash adan produk pertama syarikat itu dengan kerjsama Square kata pegawainya kepada ketika sesi pengumuman.


Netizen juga berpendapat mungkin ia disebabkan isu pemasaran dimana sekarang ini makin banyak syarikat seluruh dunia sedang cuba mempromosikan dompet digital atau peer-to-peer.


Sebagai contoh syarikat Apple.inc sendiri mempunyai sistem pembayaran mereka iaitu Apple Pay manakala diikuti yang lain iaitu Google Pay, Ali Pay dan lain-lain.


Snap Inc. melaporkan pendapatan mereka agak mengecewakan dalam laporan pendapatan Q1 untuk 2018, pendapatan suku tahunan sebanyak $ 231 juta manakala harapannya ialah $ 244.5 juta. Ini mengikuti kerugian yang dihadapi adalah $ 350 juta pada suku keempat 2017.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)