Dunia

Al-Awda Membawa Misi Kemanusian Dilaporkan Telah Ditawan Israel

Seramai 22 aktivis yang berada di atas misi kemanusian di luar negara menggunakan kapal Flotilla Al-Awda ke Gaza, termasuk wakil dari Malaysia Profesor Madya Dr Mohd Afandi Salleh, dilaporkan telah diculik di perairan antarabangsa oleh tentera Israel' pada jam 7.15 malam waktu Malaysia.



Pengerusi Care Malaysia, MyCARE, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, berkata tindakan Israel dengan 'menculik' Al-Awda di perairan antarabangsa dianggap melanggar undang-undang maritim.


Beliau berkata Israel tidak mempunyai hak untuk menghalang kapal Al-Awda dari belayar di perairan antarabangsa dan memasuki Gaza dengan menghalang semua laluan akses luar.



Seperti yang kita ketahui Israel memang tidak mengikuti undang-undang dunia seperti negara-negara lain yang terpaksa mengikuti undang-undang antarabangsa yang disepakatkan selama ini.


Ini bertentangan dengan Konvensi Geneva Keempat yang melarang hukuman kolektif di mana-mana komuniti.


"Tindakan merampas dan mengiringi kru ke Israel sama seperti rompakan dan penculikan dan mereka tidak mempunyai hak untuk melayan anak kapal seperti penjenayah.


"Kapal Al-Awda berada dalam misi yang aman tanpa provokasi. Ia tidak membawa senjata, hanya mesej perpaduan dan sedikit bantuan perubatan, jadi tindakan Israel seperti pencerobohan," katanya pada sidang media di pejabat MyCARE.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)