Pemilik Gas British telah membayangkan bahawa harga gas boleh meningkat untuk kali kedua pada tahun ini setelah melaporkan penurunan keuntungan sebanyak 20%.
Centrica adalah salah satu syarikat terbesar Gas British dan telah menaikkan kadar harga pada bulan April dan beberapa pesaingnya juga mengikuti dengan menaikkan tarif mereka.
Sebanyak 5.5% kenaikkan telah berlaku pada April dengan bil purata £ 1,161 setahun iaitu menjejaskan 4.1 juta daripada 7.5 juta pelangan British Gas.
Luar negara pun sibuk dengan kadar tarif yang saban hari kian meningkat jadi adakah manusia perlu kembali ke zaman kayu api?
Mungkinkah kita perlu beralih kepada penggunaan dapur eletrik seperti mana yang berada di pasaran? Baik disini ada beberapa review yang didapati sangat berguna.
Ekoran tarif gas yang sentiasa menggangu jiwa penduduk bumi, maka dapur induksi juga adalah salah satu alternatif untuk menggantikan penggunaan dapur gas dan dapur kayu api.
Dapur induksi dikatakan sangat bermanfaat salah satunya dapat mengurangkan haba panas di dapur berbanding dengan dapur gas. Tetapi kecekapan tenaga mungkin ada sedikit perubahan mengikut kadar penggunaan semasa.
Cuma ada pengguna yang mengatakan dapur induksi tidak sesuai digunakan untuk masak pelbagai lauk pauk dalam satu masa atas faktor penggunaan haba.


Catat Ulasan