Ramai pekerja muda dalam industri teknologi tinggi berpendapat bahawa susah ingin mendapatkan majikan yang tidak mempunyai sistem hierarki.
Dimana setiap hari tidak perlu fikir untuk menjumpai pengurus untuk bertanya apakah pekerjaan yang harus dilaksanakan setiap masa.
Magine adalah seorang pekerja dimana beliau telah diberi peluang berkhidmat di sebuah syarikat yang tidak mempunyai bos mahupun pengurus malah disediakan sebuah cafe dengan pelbagai makanan.
Beliau berkongsi pengalaman melalui sebuah artikel, pada hari pertama kemasukkan bekerja dia hanya diberi sebuah buku panduan pekerja maklumlah tiada siapa yang akan memberi arahan kecuali dengan melalui buku panduan.
Setelah magine habis membaca buku panduan tersebut ia dapati dalam syarikat itu tidak perlu sesiapa melaporkan kepada sesiapa.
Anda juga boleh memutuskan projek mana yang anda ingin kerjakan malahan jika benci sesiapa yang duduk di bersebelahan anda, turut diberi hak untuk mengalihkan meja kerja anda kemana-mana sahaja kerana setiap meja mempunyai roda untuk mudah bergerak.
Syarikat itu turut mempunyai beberapa ciri yang menarik seperti bilik urut, gym dan kelebihan percutian secara beramai-ramai.
Ini bukan fantasi kata magine, ini adalah realiti dan nak tahu syarikat apakah yang menawarkan kemudahan sebegini? Ia adalah syarikat pembangunan permainan komputer yang di panggil Valve.
Pasti ramai yang kenal syarikat Valve ini, salah satu permainan komputer yang dibangunkan dan sekaligus menjadi terkenal pada era 90an adalah Half-Life juga mempunyai platform pengedaran digital yang sangat baik yang disebut Steam.
Sumber mengatakan pada tahun 2012 buku panduan pekerja baru Valve telah bocor sekaligus artikel-artikel di internet tersebar meluas mengenai syarikat unik dan menakjubkan sehingga masuk dalam berita kaca TV.
Setelah ia tersebar muncul individu-individu pakar berperanan untuk membahas akan isu pekerjaan tiada bos tiada pengurus.
Sehingga menjadi bualan hangat di corong media dan mendapat tentangan iaitu sistem itu dapat merosakkan lagi kedaaan sesebuah syarikat dan pekerja-pekerja.
Dan ada yang membalas dengan berkata, tiada bos dan tidak ada hierarki yang menggila sehingga peraturan tidak masuk akal dapat membantutkan lagi semangat pekerja untuk terus berhidmat sekaligus setiap hari mendapat tekanan.
Hierarki boleh menindas pekerja yang lemah seperti lembu dicucuk hidung dan bos pula boleh menjadi toksik dalam badan.


Catat Ulasan