Pembuat telefon pintar China berjaya menjual sekitar 54 juta telefon iaitu meningkat lebih daripada 40% berbanding tahun lepas.
Itu sudah cukup untuk kerana bukan sahaja dapat menewaskan Apple malah turut meninggalkan pasaran Samsung dibelakang.
Samsung menjual lebih daripada 70 juta telefon pada suku tahun lepas kira-kira 10%. Pertumbubuhan Huawei sangat mengagumkan sehingga boleh dikatakan pada tahun-tahun lepas jenama ini hampir tidak diketahui umum.
Keuntungan Huawei melonjak 28% dan menjadi tempat kedua di pasaran telefon pintar. Pembuat peralatan telefon pintar dan telekom China telah berjuang untuk mendapatkan geran di Amerika Syarikat kerana kebimbangan bahawa teknologi mereka dapat dimanupulasi oleh kerajaan China untuk mengumpul maklumat pengguna.
Sumber sebelum ini juga pihak Huawei telah berulang kali menafikan bahawa produknya menimbulkan risiko keselataman sebagaimana yang dituduh oleh pihak amerika.
Huawei juga mencuba menjadi pengeluar telefon pintar pertama di dunia dengan menawarkan produk murah bersama spesifikasi yang lebih baik dari Apple.
Sekaligus jualanya meningkat dua kali ganda berbanding suku tahun yang lalu menurut IHS Markit. Ia juga mengalami pertumbuhan yang kuat di negara Eropah, Timur Tengah serta Afrika.
Huawei salah satu daripada beberapa syarikat yang sedang berlumba untuk membangunkan keupayaan sokongan untuk rangkaian 5G, teknologi wireless pada generasi akan datang.


Catat Ulasan