Donald Trump telah membuat kenyataan pada akaun Twitter miliknya, Amerika Syarikat akan membuat sekatan paling ketat terhadap ekonomi IRAN.
"Sesiapa sahaja yang menjalankan perniagaan bersama IRAN mereka tidak akan dapat melakukan perniagaan dengan kerajaan AS" .
Setelah dikaji akan kemelut antara AS dan Iran ia serupa hari ini gaduh esok baik semula seperti mana yang terjadi pada sebelum ini.
Ini juga boleh dikatakan salah satu permainan politik dunia iaitu bila tak bersepakat sahaja, habis disekat dari hujung rambut hingga hujung kaki sehingga mampu menjatuhkan ekonomi sesebuah negara.
Iran ini jika diselidik tiada apa pun melainkan tak habis-habis yang dipusing cerita oleh barat adalah akan isu keselamatan Nuklear begitu juga yang terjadi pada Korea Utara.
Selain dari itu Iran juga salah sebuah Negara pengeluar minyak terbesar, ketika ini petroleum dianggap sebagai antara salah satu komoditi paling berharga di dunia.
Maka AS juga memang gemar mencari peluang mencari isu-isu berkaitan demi mendapat sokongan kuat dari kesatuan eropah dan juga United Nations(UN).
Bila mana ada isu yang sedang dimainkan oleh AS terhadap sesebuah negara terutama di timur tengah, maka peperangan pun akan dimulakan dari sekecil api sehingga mampu menyebabkan kematian seperti mana yang kita lihat di negara Iraq pada tahun 2003.
Iraq juga salah sebuah negara pengeluar minyak dan ia diancam oleh presiden AS (George W. Bush) pada ketika itu sehingga pada tahun 2011 dengan alasan sama iaitu mempunyai senjata pemusnah besar-besaran yang mungkin boleh mengancam keselamatan penduduk bumi lebih jelas adalah sekutu-sekutu serantau.
Nak dipendekkan cerita, setelah aktiviti pengeboman dilancarkan terhadap Iraq yang selalu mempunyai ciri-ciri kekejaman terhadap penduduknya akhirnya PBB meluluskan resolusi menyeru Iraq bekerjasama dengan para pemeriksa senjata pemusnah.
Dan hasilnya menurut sumber memang tiada sebarang senjata pemusnah yang disembunyikan oleh Iraq pada ketika itu. Setelah itu keluar pula satu kenyataan dari AS mengatakan bahawa Iraq telah menamatkan program ketika pemeriksaan dan program bakal sambung setelah sekatan PBB ditarik balik.
Setelah habis berdebat, AS menuduh pula presiden Iraq, Saddam Hussein sedang melindungi dan menyokong kumpulan al-Qaeda yang dikatakan pengganas dan pelbagai lagi tomahan sehingga media-media barat mengulas presiden Iraq adalah bapa pengganas.
Jadi isu-isu sebegini memang sentiasa dimainkan oleh pihak AS terhadap negara timur tengah yang berpontensi tinggi. Maka negara mana yang berkuasa sebenarnya? Jika ikutkan semua negara berkuasa cuma yang menjadikan negara-negara ini tidak berkuasa dan mudah ditindas adalah kerana perjanjian dan ikatan-ikatan pertubuhan PBB dan seangkatannya.
Sekarang ini Trump sedang mengejek Iran dengan cubaan mencentuskan sekatan perniagaan kerana tidak bersepakat mengenai pembatalan program nuklear konon demi keselamatan serantau.



Catat Ulasan