Dunia

Kenapa Grabcar Dapat Sambutan Tinggi Setelah Beberapa Kali Cuba

Sekian lama kita dihantui dengan kenderaan berwarna merah campur putih dan merupakan kenderaan model lama. Bukan itu sahaja yang ingin disampai malah masyarat juga melabelkan kenderaan itu mempunyai sikap kurang ajar semasa diatas jalan raya tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.



Seperti yang kita ketahui kenderaan pengangkutan awam merah/putih ini juga mempunyai pelbagai kumpulan termasuk kawasan menunggu penumpang. Kami pernah bertanyakan pada seorang pemandu kenderaan itu dimana dia juga adalah seorang yang baru dalam bidang ini.


Pengalaman dia ketika menjadi pemandu teksi di sekitar bandar kuala lumpur memang mengerikan kerana setiap lokasi mempunyai jagaan masing-masing menyebabkan pemandu baharu seperti dia terpaksa sentiasa bergerak demi mencari pelangan yang mengangkat tangan untuk menahan.



Ini pula pengalaman pelangan dimana ada pemandu teksi menawarkan harga tanpa menggunakan meter malah ada juga yang mempunyai teknik untuk melajukan kadar meter itu.


Oleh sebab demikian penduduk bumi melabelkan penggunaan teksi tidak lagi releven kecuali terpaksa. Hari berganti hari sehingga menteri malaysia pun bertukar dan cubaan menarik pelabur asing ke Malaysia.


Salah satunya syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan dan pengangkutan darat bagi mengatasi masalah-masalah tertentu. Muncul Uber setelah itu muncul pula sistem untuk pemandu teksi dimana mereka tidak boleh meletakkan harga sesuka hati melainkan yang telah ditetapkan oleh sistem.


Sambutan uber pada mulanya agak tinggi dan menggunakan sistem pembayaran yang cekap iaitu pembayaran atas talian. Malangnya tidak semua pelangan yang gemar menggunakan sistem atas talian dan ia juga menjadi masalah bagi warga asing.


Muncul pula sistem Grabcar pada mulanya ia menawarkan pelbagai kupon kepada pelangan sehingga sampai satu tahap pemandu menjadi marah kerana tidak mempunyai tunai di tangan untuk mengisi petrol dan lain-lain.


Maka Grabcar pun berusaha mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki kelemahan sistem mereka akhirnya syarikat memutuskan dimana pelangan Grabcar boleh membayar tunai dan sistem pemotongan dari akaun.


Dari sejak itu pemasaran Uber menjadi pudar dan akhirnya mengangkat bendera putih kerana mengalami kerugian berbilion ketika sibuk memberi tawaran kepada pelangan dan pemandu.


Adakah Grabcar Driver mempunyai sistem piramid?


Sistem piramid adakala ia menguntungkan tapi kebanyakkan memang tidak menguntungkan buat pemandu grabcar. Demi menjaga pemasaran dan hati pelangan yang dihormati Driver Grabcar diberi pelbagai undang-undang senang cerita dalam bahasa ingris 'customer always right' .


Ya, memang ramai pemilik kenderaan yang sayang kepada kenderaan mereka tetapi demi mencari rezeki halal terpaksa turutkan dan ikuti sistem yang ditetapkan oleh syarikat.


Dengan keluhan pemandu, syarikat grab sentiasa mencari jalan untuk menjaga hati kedua-dua belah pihak iaitu pelangan dan pemandu. Maka sumber terbaru mengatakan syarikat Grab menyediakan pampasan sebanyak RM150 kos pembersihan kepada pemandu jikalau mengalami masalah kritikal ketika membawa pelangan yang muntah atau mengotorkan kenderaan.


Turut diberikan perlindungan insuran jika berlaku sebarang kemalangan, tidak cukup lagi syarikat turut menyediakan pelbagai kupon dan diskaun menarik untuk kelengkapan pemandu grabcar demi menjaga keterampilan.


Dimasa akan datang dipercayai mungkin banyak lagi ciri-ciri baharu yang bakal ditawarkan kepada pelangan dan pemandu cuma adakah ia kekal berbaloi atau pun tidak sama-sama kita nantikan.


Share this:

Catat Ulasan

 
DMCA.com Protection Status

Hakcipta © 2017- Dtbn.com.my | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(001859511-H)