Menteri kewangan Lim Guan Eng menaikkan isu berkaitan dimana duit pemulangan kutipan GST sehinggakan peniaga-peniaga terpaksa mengalami kerugian pada masa sama terpaksa menaikkan harga untuk menampung kerugian itu. Lim Guan Eng juga menggunakan ayat 'Rompakan' terhadap Rembau Khairy Jamaluddin sehingga menyebabkan pertelingkahan di dalam dewan rakyat.
Anggota Parlimen Rembau turut membuat laporan Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap tuduhan yang dilakukan oleh menteri kewangan Lim Guan Eng berhubung bahawa kerajaan BN telah 'merompak' bayaran balik GST.
Pada masa sama Anggota Parlimen Pontian pula mencelah menyuruh rakyat atau peniaga menyaman pihak kastam. Malah ditentang sepenuhnya oleh Lim Guan Eng kerana beliau berpendapat pihak kastam hanya menjalankan tugasan untuk mengutip cukai dan hasil kutipan itu pula akan diberikan kepada pihak kerajaan sebelum ini 'BN'.
Sekali lagi Lim Guan Eng membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat sekali lagi dengan berkata audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati sejumlah RM19.4 bilion hilang dalam tabung bayaran balik GST yang sepatutnya diberikan semula kepada peniaga dalam masa dua minggu.
Namun begitu duit kutipan itu sepatutnya berada didalam akaun dan dapati telah disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Akhirnya pembahasan ini masih diteruskan sehingga sekarang di dewan parlimen kerana pihak pembangkang masih kurang senang dengan penggunaan ayat 'Merompak' yang dikeluarkan oleh menteri kewangan.
KPN juga diminta turut membantu siasatan ini berhubung kehilangan duit bayaran balik GST dengan kadar segera dan menangkap individu yang didapati bersalah.


Catat Ulasan