Setelah kami menyelidik berkaitan tawaran perkhidmatan E-Hailing grabcar di Malaysia yang semakin dapat permintaan tinggi dari pengguna disebabkan Uber telah mengundurkan diri maka muncul lagi pesaing baru iaitu MyCar untuk menjadi pesaing dalam pasaran E-Hailing.
MyCar telah dilancarkan pada awal Febuari 2018 dan permulaan pemasaran adalah menjanjikan perkhidmatan tambang murah kepada pengguna manakala syarikat turut kongsikan keuntungan hampir 80% kepada pemandu.
Pesaing baru ini juga amat yakin dapat menggantikan syarikat Uber sekaligus menjadi pesaing E-Hailing popular dan pada masa sama turut membantu meningkatkan pendapatan rakyat.
App MyCar dibangunkan oleh Platform Apps Sdn.Bhd untuk menyaring pasaran popular E-Hailing seperti Grabcar yang dikatakan telah bergabung dengan Uber.
Kami lihat dari segi pengiklanan MyCar pula ia masih bergerak secara perlahan dan tidak tersusun dan bakal menjadi pembaziran.
Statistik pelangan pula menunjukkan masih mengharap perkhidmatan Grabcar adalah kerana syarikat ini sudah mempunyai rangkaian pemandu yang meluas setelah bergabung bersama Uber.
Adakah Perkhidmatan E-Hailing Mempunyai Permintaan Tinggi?
Ya, perkhidmatan ini sudah menjadi pengangkutan utama kepada pelangan yang pentingkan keselesaan serta mahukan perjalanan yang fleksibel tanpa perlu fikir untuk menahan teksi dibawah sinaran matahari.
Dengan teknologi semua urusan menjadi semakin mudah dan mampu memberikan penjimatan masa antara pemandu dan pelangan kerana semua sudah diaturkan oleh sistem.
Adakah Ciri-Cari MyCar Lebih Baik Dari Yang Lain?
Mungkin Ya, mungkin juga tidak kerana mengikut pencarian kami App MyCar didatangi dengan butang kecemasan S.O.S untuk pelangan dan pemandu demi mengutamakan keselamatan individu dalam kenderaan tersebut berbanding dengan Grabcar.
Bagaimana butang keselamatan itu berfungsi kami belum lagi dapat informasi berkaitan itu cuma jika ia bergantung pada teknologi GPS, kami yakin ia mungkin tidak berfungsi seperti yang diharapkan kerana masih ramai yang tidak percayakan sistem GPS.
Untuk menjadi driver MyCar peserta harus melakukan pendaftaran dengan membayar yuran seumur hidup sebanyak RM40 untuk melindungi data peribadi dan menjaga keselamatan berbanding dengan GrabCar sepenuhnya percuma dan mengharapkan kredit topup.
Adakah Tambang Yang Ditawarkan Sangat Berbaloi?
Atas penilaian kami, pada mulanya pengguna agak suka perkhidmatan yang ditawarkan kerana menjanjikan tambang murah tapi masih susah untuk membuat tempahan disebabkan beberapa faktor iaitu kekurangan driver dikawasan itu.
Keuntungan MyCar adalah sebanyak 15% bermakna ia memberi keuntungan hampir 80% kepada pemandu manakala dengan GrabCar masih mengekalkan keuntungan sebanyak 20% untuk setiap perjalanan yang menggunakan fungsi Auto Accept(AA).
Dari segi pembayaran kami dapati pada mulanya MyCar mengikuti konsep Uber yang mengamalkan konsep cashless
Tidak lama kemudian perniagaan cashless tidak mendapat sambutan oleh pengguna kerana masih tidak releven kepada pengguna.
Maka syarikat menawarkan pula pembayaran tunai sepertimana yang pernah berlaku ketika zaman GrabCar dan Uber sebelum ini.
Pemasangan papan pengiklanan memerlukan kos perbelanjaan yang besar dan pendapat kami lebih baik pengiklanan tu diberikan kepada pemandu atau pemilik kenderaan dalam kategori wrapcar.
Walaubagaimanapun MyCar masih dalam peringkat baru dan agak mustahil ia dapat kekal memberikan tambang murah kepada pengguna serta memberi keuntungan kepada pemandu.
Ada pemilik kenderaan membuat kenyataan 'walaupun MyCar berjaya menawarkan tambang murah tapi jangan sehingga mengabaikan penat lelah pemandu yang bertungkus lumus'.
Jadi pendapat kami tidak lain tidak bukan kenyataan diatas mempunyai masalah pada insentif pemandu.
Jika MyCar masih mengekalkan fare yang rendah untuk menarik pelangan maka pemandu akan berasa tidak berpuas hati dengan hasil yang diperolehi melainkan syarikat menawarkan pelbagai insentif dan benefit.
Seperti kita ketahui perkhidmatan E-Hailing mempunyai permintaan tinggi oleh pengguna diseluruh dunia maka syarikat harus menggunakan teknik lain untuk pemasaran.
Pengasas MyCar, Mohd Noah menawarkan lima jenis kenderaan mengikut pilihan pengguna iaitu ekonomi, premium, MPV kompak, MPV premium dan teksi dengan kerjasama syarikat teksi lain.
Akhir sekali setelah kami jejak masuk ke laman komen MyCar, ada netizen yang sudah mula berani memberi komen dimana syarikat semakin hari semakin sudah mulai takut pada bayang sendiri kerana hampir mengikuti kadar tambang pesaingnya dan ada juga berpendapat ia lebih mahal dari pesaingnya.
Kami harap MyCar mempunyai pelbagai idea dan sentiasa mendengar keluhan dari driver dan rider supaya dengan pelbagai tomahan itu syarikat dapat menyusun semula stratergi pemasaran demi berdaya saing dalam arena perkhidmatan E-Hailing di Malaysia.
https://www.facebook.com/mycar.net.my/



Catat Ulasan